Kristian Sarawak tetap guna kalimah Allah dalam Injil, penerbitan gereja

Penganut Kristian Sarawak tetap dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu daninjil bahasa tempatan serta dalam penerbitan gereja walaupun Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan sebaliknya, kata Menteri Pembangunan Tanah negeri Tan Sri Dr James Masing.
Masing menyifatkan keputusan penghakiman tersebut sebagai “tidak asli” kerana asas penggunaan kalimah Allah wujud sebelum kedatangan Islam, serta menegaskan keputusan mahkamah itu akan memberi kesan negatif kepada bukan Muslim bukan hanya di Sabah dan Sarawak.

“Kami (Kristian di Sabah dan Saraawak) telah menggunakan kalimah Allah sejak 100 tahun dahulu. Kenapa tiba-tiba kami tidak boleh gunakannya?
“Adakah mereka (Muslim) mempunyai mimpi mengatakan penganut Krisitian tidak boleh menggunakan kalimah Allah?” soal beliau.
“Rakan-rakan Muslim kami (di Sabah dan Sarawak) tidak pertikai kami gunakannya,” katanya.
Masing juga mengingatkan penganut Kristian di Sarawak bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada masa lalu telah menekankan isu tersebut dan memberi jaminan tidak akan menghalang mereka daripada menggunakan kalimah suci itu.
Ketua PKR Sarawak Baru Bian melahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu, namun menegaskan pihak gereja dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan terus menggunakan kalimah Allah.
“Saya terkejut dengan keputusan itu.
“Kami telah memberi fakta jelas kami telah dijanjikan dengan jaminan oleh nenek moyang dimana Sabah dan Sarawak membantu membentuk Malaysia.
“Keputusan ini bertentangan dengan hak asasi yang telah dijanjikan. Keputusan ini sangat jelas bertentangan dengan perjanjian itu (Malaysia),” ujarnya.

Baru, yang selama sedekad pernah memimpin Gereja Evangelical Kuching selama sebelum menceburi politik, menegaskan keputusan tersebut bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan individu untuk menganut dan menyebarkan agama kepercayaan mereka.
Baru juga percaya pihak gereja Katolik akan merayu keputusan yang diumum hari ini, dan merayu penganut Kristian, yang merupakan majoriti di kedua-dua negeri, untuk bertenang dan “melihat keseluruhan isu secara rasional”.
“Pasti ada rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar keputusan tersebut tidak muktamad.”

Namun, gereja-gereja Kristian dibawah payung Persatuan Gereja di Sarawak tidak membuat sebarang kenyataan sehingga mereka mempunyai maklumat lanjut keputusan mahkamah tersebut.
“Kita perlu berunding dengan gereja-gereja yang lain terlebih dahulu,” kata setiausaha agungnya Ambrose Linang, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pengerusi persatuan itu Datuk Bolly Lapok pada Sabtu lalu berkata mereka “benar-benar tidak boleh diterima sekiranya amalan biasa bagi orang Kristian di Sabah dan Sarawak untuk generasi, lebih daripada 100 tahun sebelum cadangan untuk bersama Malaysia, kini dianggap sebagai menyalahi undang-undang oleh kerajaan”.

Beliau berkata halangan daripada menggunakan kalimah Allah dalam amalan agama mereka adalah sama seperti membendung kebebasan beragama.
Di luar mahkamah hari ini, naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata Al-Kitab, iaitu versi Bahasa Malaysia kitab Injil, boleh terus diedarkan di Malaysia.

Namun beliau mahu kitab tersebut supaya tidak menggunakan 32 istilah, termasuk “Allah”, yang dilarang kepada bukan Islam melalui enakmen Islam di beberapa negeri.

“Saya tidak mempunyai masalah jika mereka mahu menerbitkan Al Kitab tanpa istilah bukan saja ‘Allah’, tetapi 32 perkataan dalam Enakmen Jenayah Syariah,” kata Zulkifli kepada pemberita selepas pengumuman keputusan itu.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata, keputusan Mahkamah Rayuan menunjukkan dengan jelas bahawa perkataan “Allah” adalah eksklusif untuk umat Islam.
“Jadi, semua orang perlu berpegang kepada keputusan itu,” kata Nasharuddin kepada pemberita.

TMI

Sumber: Malaysia Chronicle 14/10/13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s